Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, October 7, 2012

Warga emas bermotosikal maut dilanggar kereta

kematian1-165x90

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas maut dalam perlanggaran melibatkan motosikal yang ditunggangnya dengan sebuah kereta di Kampung Pak Katak di sini petang semalam…

.Pegawai Penyiasat Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu, Insp Che Rusilan Che Ya berkata Embong Jusoh, 69, dari Kampung Pengkalan Arang di sini meninggal dunia di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 6.15 petang.
"Mangsa dengan motosikal melintas dari kiri ke kanan Jalan Tengku Mizan di Kampung Pak Katak berlanggar dengan kereta dari arah Batu Enam yang dipandu oleh  seorang wanita.
"Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. Wanita berkenaan bagaimanapun tidak cedera," katanya ketika dihubungi hari ini.
Che Rusilan berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis