Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, October 18, 2012

Tersepit selama 20 minit dlam kenderaan dipandu

image (3)
MUAR – Seorang guru besar sekolah agama meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati setelah bertarung nyawa 20 minit apabila kenderaan dipandu….
bertembung sebuah treler di Batu 16, Jalan Bakri-Air Hitam, Muar Ketika kejadian yang berlaku jam 7.30 malam itu, mangsa, Mukinah Warno, 52, yang memandu Perodua Kancil dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 17, Muar.
Mangsa yang baru sahaja melaporkan diri sebagai Guru Besar Sekolah Agama Bukit Naning, Muar di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduknya setelah kereta dipandu terbabas ke laluan bertentangan sebelum terperosok ke bahagian bawah hadapan treler.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Shahadan Jaafar berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan lain.
“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini untuk bedah siasat.
“Siasatan mendapati jalan licin semasa kejadian berlaku akibat hujan dan beberapa pengguna yang melalui lokasi kejadian turut cuba memberi bantuan untuk mengeluarkan mangsa namun gagal.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam sidang media, di sini semalam.
Dalam pada itu, dalam kes berasingan, Shahadan mengesahkan kematian seorang pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak setelah motosikal ditunggang bertembung sebuah kereta di simpang Baba, Jalan Salleh di sini, semalam.
“Kejadian berlaku  jam 6.40 pagi (semalam) ketika mangsa, Andy Chea Xin Yi, 17 sedang dalam perjalanan ke sekolah dari rumahnya di Bukit Pasir.
“Motosikal mangsa bagaimanapun terbabas dan termasuk ke laluan bertentangan lalu menyebabkannya bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil,” katanya.
Katanya, kejadian itu turut menyebabkan berlaku kereta berkenaan terbakar namun pemandunya yang merupakan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri manakala Andy yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis