Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, October 8, 2012

Kunjungan bawa maut

pix_middle

SHAH ALAM: Kegembiraan seorang sahabat menemui rakan senegaranya berakhir tragedi apabila dia ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan perut terburai di kaki lima sebuah bangunan pejabat kosong di Jalan Kota Raja, Hicom Town Centre di Seksyen 27awal pagi semalam…

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Santhartun, 31, warga Myanmar ditemui orang awam dalam keadaan terlentang berlumuran darah dengan kesan tikaman di perut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, sejurus menerima maklumat kejadian pada jam 10.30 pagi, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian bersama sepasukan forensik.

“Berdasarkan maklumat diterima, mangsa dipercayai baru tiba dari Ipoh malam kelmarin untuk bertemu rakannya yang menyewa di bangunan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati sebelum kejadian berlaku, mangsa dan suspek baru pulang dari kelab malam berhampiran rumah sewa dalam keadaan mabuk.

“Mangsa dan suspek kemudian bertengkar sehingga berlarutan ke bahagian bawah rumah sebelum suspek naik semula untuk mengambil pisau pemotong sayur sebelum menikam perut mangsa bertubi-tubi,” katanya.

Zahedi berkata, melihat mangsa yang sudah tidak bernyawa, suspek yang ketakutan terus melarikan diri dan gerakan memburunya sedang dijalankan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman di perut selain mengalami pendarahan teruk akibat ditikam.

Katanya, pemeriksaan polis di rumah suspek juga menemui sebilah pisau pemotong sayur berukuran 20 sentimeter dipercayai digunakan suspek menikam mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 29 tahun dan bekerja di kedai perabot berhampiran rumah sewa mereka. Sewaktu melarikan diri, difahamkan suspek memakai baju T-shirt berwarna putih.

metro

No comments:

Post a Comment

ShareThis