Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, October 18, 2012

Cedera akibat elak lembu

image (4)
KOTA TINGGI - Sepasang suami isteri di sini terpaksa menanggung kerugian selepas van mereka terlibat dalam kemalangan gara-gara mengelak sekumpulan lembu dalam kejadian yang berlaku …
Shahrudin Idris, 50, berkata, ketika kejadian itu dia bersama isterinya Saleha Salleh, 47 dari Felda Lok Heng dalam perjalanan pulang menuju ke rumahnya di Felda Bukit Aping Barat.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi dan ketika itu dia sedang memandu melepasi simpang Bandar Sri Perani. Setibanya di kawasan tersebut secara tiba-tiba sahaja sekumpulan lembu melintas di hadapannya.
“Ketika itu saya hanya sempat mengelak sebelum terbabas ke tepi jalan. Mujurlah kami tidak termasuk ke dalam gaung kerana terdapat gaung berhampiran di kawasan itu.
“Ekoran kejadian itu saya dan isteri turut menerima rawatan di klinik berhampiran.
“Kami bersyukur kerana mengalami cedera ringan, namun tidak dapat dibayangkan jika saya tidak sempat mengelak lembu itu pasti sesuatu yang lebih buruk akan berlaku kepada kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
Menurut Shahrudin, kemalangan yang berlaku gara-gara lembu di kawasan tersebut bukanlah perkara baru tetapi berlaku berulang kali.
Katanya, kejadian tersebut boleh dielakkan jika pemilik haiwan ternakan tersebut mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan memasang pagar elektrik.
“Lembu ini dipercayai berkeliaran akibat tidak di pagar. Banyak kemalangan malah ada yang menyebabkan kematian berlaku disebabkan kecuaian pemilik haiwan ini," katanya.
Dalam pada itu, Shahrudin turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan memainkan peranan agar masalah tersebut dapat diatasi bagi  secepat mungkin.
Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis