Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, October 7, 2012

Bayi hampir reput dalam kolam

image

SERI KEMBANGAN – Penduduk Taman Puncak Jalil di sini gempar dengan penemuan mayat bayi hampir reput terapung di sebuah kolam tadahan berdekatan perumahan itu, petang semalam….

Difahamkan, bayi lelaki itu masih bertali pusat ditemui orang awam yang kebetulan berjoging berdekatan kawasan kolam berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, bayi itu ditemui dalam balutan sehelai baju T berwarna merah kira-kira jam 5.30 petang.
Katanya, orang awam yang menemui bayi itu terus menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai sudah berada dalam takungan air itu antara empat hingga ke lima hari berdasarkan keadaannya yang hampir reput dan sudah berulat.

Beliau berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan untuk memastikan sama ada bayi berkenaan dicampak ke kolam tadahan itu ketika masih hidup atau sebaliknya.

“Bayi cukup sifat dipercayai dibuang selepas dilahirkan itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan itu.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis