Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, October 8, 2012

40 tahun menjadi pengemis, boleh dapat RM200 sehari

image (5)

KOTA BHARU – Berbekalkan cawan plastik, Wan Arifin Ahmad,60, duduk bersila di atas tanah tanpa sebarang alas dan mengalunkan alunan zikir sambil tangannya yang memegang cawan tersebut dihulurkan ke hadapan untuk meminta simpati orang ramai….

Dia yang sudah 40 tahun mengemis berkata, hanya kerja tersebut yang mampu dilakukan olehnya disebabkan cacat penglihatan semenjak berumur tujuh tahun lagi.
“Pakcik tidak mampu hendak buat kerja lain, jadi inilah yang terbaik daripada duduk di rumah  menunggu bantuan daripada orang lain,’’ katanya ketika ditemui di pasar malam pusat bandar Pasir Puteh.
Dia yang berasal dari Pasir Puteh berkata, setiap hari akan mengupah seorang lelaki dengan bayaran RM5 untuk menghantarnya ke mana-mana pasar pagi atau malam di sini dengan menaiki motosikal.
Wan Arifin berkata, sekali mengemis di mana-mana pasar pagi atau malam yang dikunjunginya itu dia akan memperoleh sekitar RM60 hingga RM70 sehari.
“Itu baru sehari, jika paginya pakcik mengemis di pasar pagi dan sebelah malamnya pakcik ke pasar malam pula, pendapatan sehari dapatlah RM200.
“Duit itu pakcik simpan sendiri untuk bekalan bila sudah tidak sihat nanti," katanya yang kini menumpang di rumah rakannya sebaik sahaja kematian isteri tercinta beberapa tahun yang lalu.
Menurutnya, dia mempunyai dua orang anak lelaki tetapi kedua-duanya tidak menghiraukan dirinya sehingga terpaksa menumpang kasih dengan rakan seusianya.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis