Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, October 8, 2012

4 maut, 2 parah kereta terbabas

image

KUANTAN - Empat lelaki, termasuk seorang warga China, maut apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Haji Ahmad,…

Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, sebuah kereta menghala ke Semambu tiba-tiba terbabas dan melanggar pokok, sebelum sebuah kereta lain terbabas di tempat sama.

Pegawai Penguat kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, pemandu kereta terbabit dikatakan gagal mengawal kenderaan mengakibatkannya terlanggar sebatang pokok.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta jenis Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpang hadapan kereta itu, Bao Shanshan, 26, seorang warga China.

“Dua lagi yang maut ialah pemandu kereta Nissan Skyline, Go Haw Wei, 20, dan penumpang hadapan kereta itu, Koay Khor Liang, 21,” katanya.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika kereta Nissan GTR yang dipandu Kah Yong dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan melanggar pokok.

Bagaimanapun, katanya beberapa minit kemudian, kereta Nissan Skyline turut terbabas di lokasi sama.

Menurutnya, pemandu kereta Nissan GTR yang juga peniaga membawa tiga warga China yang bekerja di sebuah spa di bandar ini.

Katanya, kesemua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala dua lagi penumpang kereta Nissan GTR wanita warga China berusia 20-an yang belum dikenal pasti identiti, cedera parah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat, manakala dua penumpang yang cedera parah pula menerima rawatan lanjut di hospital sama,” katanya.

Zainalabidin berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kereta dipercayai dipandu laju dan ketika kejadian keadaan jalan di kawasan tersebut basah akibat hujan.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis