Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, October 8, 2012

2 hektar lalang terbakar

image (2)

MELAKA TENGAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri tidak menolak kemungkinan cuaca panas menjadi punca kebakaran lalang seluas kira-kira dua hektar di tapak kawasan lapang berhampiran muara Sungai Melaka, petang kelmarin….

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat negeri, Kamarulzaman Mohd Din berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.15 petang dan api berjaya dipadamkan jam 5.16 petang.
Menurutnya, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dengan kekuatan enam anggota diarahkan ke lokasi kejadian.
“Siasatan mendapati cuaca yang terlalu panas menjadi punca kebakaran kawasan lapang yang dipenuhi lalang.
“Kejadian ini difahamkan baru kali pertama berlaku tetapi ia tidak melibatkan sebarang kerugian harta benda,”

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis