Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, October 5, 2012

18 murid sekolah rendah maut tertimbus tanah runtuh

image (2)

BEIJING - Seramai 18 murid sekolah rendah maut ditimbus tanah runtuh di wilayah barat daya China, yang sebelum ini, musnah akibat gempa bumi bulan lalu.,,…

Media tempatan melaporkan, selain bilik darjah, insiden di perkampungan Zhenhe, wilayah Yunnan itu turut meranapkan dua rumah ladang menyebabkan seorang penghuni terperangkap.

Insiden di Sekolah Rendah Youfangtai itu menimbulkan tanda tanya kerana minggu ini musim cuti umum di negara itu..

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan bertindak memindahkan penduduk berhampiran kawasan bencana selepas pasukan mencari dan menyelamat tiba di lokasi kejadian.

Perkampungan Zhenhe merupakan satu daripada kawasan paling teruk terjejas apabila gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah Yunnan awal bulan lalu.

Susulan itu, seramai 81 penduduk terbunuh, manakala 820 yang lain cedera dan lebih 200,000 orang terpaksa dipindahkan ke kawasan penempatan bar

Sumbe : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis