Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, September 14, 2012

Warga emas maut langgar belakang basikal kanak-kanak

image (2)

ALOR GAJAH - Seorang warga emas sempat menanggalkan gigi palsunya sebelum dia meninggal dunia di tempat kejadian selepas terbabit kemalangan di Padang Sebang, di sini, petang kelmarin……

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, Chai Koh Mek, 74, dari arah pekan Alor Gajah menuju ke Pulau Sebang menunggang motosikal sebelum merempuh belakang basikal dinaiki Mohd Fazrul Ayman Fazri, 12, di tepi jalan menyebabkan mangsa tercampak di tengah jalan.
Mohd Fazrul Ayman berkata, dia yang dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Sebang Gemilang, terkejut apabila sebuah motosikal merempuh belakang basikalnya menyebabkan dia juga tercampak ke tepi longkang.
“Semasa kejadian, dua rakan saya turut berada di seberang jalan dan mereka juga melihat sendiri kemalangan  itu.
"Seorang daripada rakan saya sempat melihat mangsa yang sudah nazak menanggalkan gigi palsunya dan meletakkan di tepi jalan, sebelum mangsa dilihat tidak bergerak lagi," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Sementara itu, bapa Mohd Fazrul Ayman, Fazri Duamit berkata, anaknya yang sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam perjalanan ke rumah rakannya untuk mengadakan perbincangan kumpulan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah kepala dan badan.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis