Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, September 25, 2012

Tiga rumah hangus dalam kebakaran

image (18)

IPOH - Seorang warga emas cedera di lengan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan tiga rumah papan di Kampung Tebing Tinggi lewat …

Mangsa, Lee Choi Chee, 80, yang tinggal berseorangan di rumahnya bernasib baik kerana penduduk berhampiran sempat menyelamatkannya.
Difahamkan sewaktu kejadian, Choi Chee yang uzur sedang berehat sebelum api mula merebak ke arah rumahnya.
Dia dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.
Sementara seorang pesara, Woo Kok Moon, 62, yang rugi kira-kira RM10,000, mengetahui kejadian itu kira-kira jam 10.30 malam.
Rumahnya yang disewakan tidak berpenghuni sejak tiga bulan lalu namun masih terdapat perabot dan barangan elektrik di dalamnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih, Zainasrie Zainal ketika ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.38 malam dan tiba di tempat kejadian 13 minit kemudian.
Kekuatan empat jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih dan Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh berjaya mengawal api kira-kira 30 minit kemudian, namun tiga rumah kelas sementara jenis C (rumah papan) itu hangus 100 peratus.
Katanya, sebuah rumah didapati kosong manakala dua lagi dihuni seorang warga emas dan lima sekeluarga.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali seorang warga emas cedera di lengan.
“Setakat ini anggaran kerugian dan punca kejadian masih disiasat,”

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis