Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, September 25, 2012

Terkedu lihat rumah jadi abu

image (14)

DUNGUN – Seorang ibu kepada empat cahaya mata terkedu apabila melihat rumah yang didiami sejak beberapa tahun lalu hanya tinggal abu.

Menurut Sopiah Hamid, 33, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, sebaik dia tiba di pekarangan rumah selepas pulang dari kawasan berdekatan.
Katanya, ketika menghampiri kawasan rumahnya, dia terkejut apabila melihat rumah tempat mereka enam beranak berteduh hangus, dan anggota penyelamat sedang berusaha memadamkan api yang sedang marak.
"Saya tidak dapat melakukan apa-apa, hanya memerhatikan usaha pihak bomba memadamkan api.
“Semua pakaian dan peralatan rumah musnah, kami kini tinggal sehelai sepinggang,” katanya yang masih trauma dengan tragedi luar dugaan itu.
Dalam kejadian itu, semua peralatan termasuk pakaian sekolah empat anaknya yang berusia tujuh hingga 14 tahun turut hangus.
Kini Sopiah dan suami, Abdullah Mat, 38, seorang nelayan hilang punca untuk mencari tempat tinggal baru.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun, Penolong Penguasa Nor Azizi Che Noh berkata, sebaik menerima panggilan, pihaknya bersama sepasukan anggota penyelamat bergegas ke lokasi dan usaha memadamkan api berjaya dilakukan hampir setengah jam kemudian.
“Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis