Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, September 25, 2012

Saya hanya fikir rumah' - Mangsa kebakaran

image (16)

KEMAMAN – “Waktu api beralun di siling dan asap memenuhi ruang tamu rumah, saya berkejar ke tandas di bahagian dapur dan angkut air dengan baldi sebelum menyimbah air pada sofa yang marak…

Julisha Kasim, 38, yang nekad meredah asap sendirian demi mengelakkan keseluruhan rumahnya hangus dalam kebakaran semalam.
Tindakan pantas ibu lima anak ini nyata tidak sia-sia apabila api yang membakar sofa di bawah kotak fius elektrik di bahagian ruang tamu mulai reda dalam kebakaran di Kampung Pengkalan Pandan, Chukai, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi.
Julisha berkata, saat keluar dari bilik tidurnya untuk mandi, dia terkejut melihat api membakar sofa dan lebih menakutkan, keadaan api yang menjulang mengakibatkan api beralun di permukaan siling rumahnya.
“Ketika itu timbul semangat luar biasa dalam diri saya untuk padamkan api tanpa saya fikir untuk keluar dari rumah dan menyelamatkan diri kerana apa yang saya fikirkan, hanya mahu selamatkan rumah kami. Saya redah asap dan simbah air ke atas sofa yang sedang marak.
“Sebanyak empat kali saya punggah air dan simbah, syukur api beransur reda dan sejurus itu ramai jiran datang bantu padamkan sisa kebakaran sebelum bomba tiba,” katanya kepada Sinar Harian menceritakan detik cemas dialaminya.
Julisha berkata, semasa kebakaran, kotak fius meletup menyebabkan percikan api merebak ke bahagian dinding setentang dengan tempat kotak fius hingga sebahagian dinding itu turut dimamah api.
Menurutnya, ketika kejadian suaminya yang bertugas sebagai pemandu di sebuah syarikat di Geliga, Mohd Faizal Mokhtar, 42, keluar bekerja dan hanya dia dan tiga anaknya, Siti Najihah, 17; Che Azwanita, 17 (anak angkat) dan Zulfahmi, 5, berada di rumah.
Kesemua anaknya selepas menyedari rumah mereka terbakar segera keluar dari rumah kerana panik dan Siti Najihah meminta pertolongan daripada jiran.
Kerugian yang ditanggungnya sekeluarga dianggarkan bernilai RM10,000 kerana selain dua set sofa musnah, sebahagian struktur dinding rumah dan siling dimamah api.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis