Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, September 2, 2012

Rempuhan Viva, nyaris maut - kemalangan di Kilometer 64, Jalan Kuala Krai-Machang,

 

image (3)

KUALA KRAI - Dua pemandu dan enam penumpang dua Perodua Viva nyaris maut selepas kenderaan mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 64, Jalan Kuala Krai-Machang, dekat Bukit Great Eastern….

,Mereka yang cedera ialah Zainuddin Daud, 53; Che Roptah Hussain, 48; Muhammad Aiman Hakim, 19 dan Nor Azamira Zainuddin, 17 dan Kuzairuazwa Isa, 21.
Turut cedera pada kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu ialah Mohd Khairul Azhar; Che Mohd Al-Hanif dan Muhammad Aizat Azwar, semua berusia 21 tahun.
Kesemua mangsa cedera ringan dihantar ke Hospital Kuala Krai Nahas turut menyebabkan Perodua Viva berwarna putih remuk pada bahagian hadapan selepas dipercayai melanggar Perodua Viva berwarna perak hingga bahagian belakangnya rosak teruk.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Anuar Berang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.45 petang sebelum sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.
“Apabila kami sampai di tempat kejadian, tidak ada mangsa dalam dua kenderaan terbabit kerana kesemuanya sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
“Mangsa hanya cedera ringan dan ti ada tersepit, jadi anggota kami membantu mengangkat mangsa ke ambulans untuk ke hospital,

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis