Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, September 25, 2012

Pitam ketika tunggang motosikal

image (10)

MARAN - Seorang warga emas berusia 66 tahun di Pekan Sri Jaya, dekat sini, tinggal bersendirian di rumah selepas kematian isteri beberapa tahun lalu, sementara anak tunggalnya menetap di Johor Bahru….

Tambah menyulitkan, Pang Lai Kau hanya mampu terlantar di kerusi rehat akibat kecederaan di bahagian kaki dan badan setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas minggu lalu.
Menceritakan kejadian, Lai Kau berkata, dia tiba-tiba pening kepala dan pitam sebelum rebah sewaktu menunggang motosikal berdekatan Kampung Felda New Zealand.
“Saya cuma sedar apabila berada di sebuah klinik dan kemudian seorang pemuda menghantar saya pulang ke rumah. Sekarang kaki dan badan sakit. Saya tidak pasti sama ada laporan x-ray menunjukkan tulang rusuk patah atau tidak kerana dihempap motosikal sendiri.
“Isteri sudah lama meninggal dan anak pula bekerja di Johor Bahru, tetapi selalu juga balik jenguk saya,” katanya ketika menerima kunjungan ziarah ‘Nurkasih’ Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Maran, di sini.
Turut serta, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.
Lai Kau berkata, dia bernasib baik kerana seorang adiknya tinggal di kawasan sama dan dialah yang menjaga makan minumnya setiap hari.
Menurutnya, sebelum terlibat kemalangan itu, dia banyak menghabiskan masa berkebun di  belakang rumah.
“Memang sunyi sebab tinggal seorang diri, namun saya sudah biasa dengan keadaan ini,

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis