Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, September 11, 2012

Pemandu lori maut tersepit - kemalangan di Kilometer 178 Lebuhraya Utara-Selatan

image

PARIT BUNTAR -  Perjalanan seorang pemandu lori yang mahu menghantar makanan haiwan ke Ipoh bertukar tragedi apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 178 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Hentian Sebelah Alor Pongsu, semalam……

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa, Marzuki Md Disa, 30, maut tersepit apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan bahagian belakang sebuah lori mengangkut batu kerikil.
Lori yang dipandunya remuk teruk sehingga menyebabkan tubuhnya tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.
Mangsa yang berasal dari Bagan Tiang, Tanjung Piandang, terpaksa dikeluarkan sepasukan anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital parit Buntar akibat pendarahan serius.
Jurucakap polis berkata, mangsa  yang memandu lori membawa muatan makanan haiwan datang dari arah Pulau Pinang menuju ke arah Selatan untuk menghantar bekalan stok.
“Setiba di tempat kejadian, dia yang berada di laluan kiri dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu merempuh sebuah lori membawa muatan batu kerikil yang berhenti kerana rosak tetapi tidak sempat masuk ke laluan
kecemasan.
“Mangsa yang cedera parah meninggal dunia dalam perjalanan ke ke Hospital Parit Buntar (HPB).
“Manakala pemandu lori membawa batu kerikil pula tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar menegaskan pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Katanya, semasa mangsa dikeluarkan dari kenderaan itu, mangsa mengalami pendarahan teruk di bahagian kaki.
“Dua jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa tersepit

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis