Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, September 22, 2012

Pekerja KLIA maut kemalangan


PORT DICKSON - Seorang wanita terbunuh selepas van dinaiki bersama empat yang lain bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 21.9, Jalan Sepang-Port Dickson berhampiran ladang kelapa sawit dekat sini semalam.....

Semasa kejadian pada pukul 10 pagi, tiga lelaki dan dua wanita yang berusia 40 hingga 50-an dan bekerja sebagai penjaga bangunan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dalam perjalanan dari KLIA menuju ke Lukut selepas habis waktu bekerja.
Bagaimanapun, jurucakap polis berkata, tiba di tempat kejadian van syarikat dipandu salah seorang pekerja itu terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori tangki dari arah bertentangan.
Akibat kemalangan itu, mangsa, Nek Siti Mera Ibrahim, 54, yang duduk di sebelah pemandu van meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa maut akibat mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan.
Menurut beliau, empat lagi rakan mangsa termasuk pemandu van itu mengalami cedera ringan.
Mayat mangsa dan empat yang cedera dihantar ke Hospital Port Dickson.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd. Wahab Harun yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca kemalangan masih disiasat dengan pihaknya akan mengambil keterangan daripada mangsa-mangsa yang cedera dan saksi-saksi yang menyaksikan kemalangan itu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis