Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, September 7, 2012

Nyaris maut rempuh tembok

image (8)

ALOR GAJAH - Hanya disebabkan sakit kepala kerana migrain, seorang pensyarah Kolej Risda Ayer Paabas, di sini, nyaris maut selepas kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas merempuh tembok batu…..

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, mangsa, Mahfuzah Jamaluddin, 28, dari arah pekan Masjid Tanah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kelemak.
Mahfuzah berkata, dia baru selesai makan malam bersama dua rakannya, Mohd Rafie Abd Razak, 20, dan Laili Idayu Abdullah, 29, di Kampung Rantau Panjang.
“Sebelum kejadian saya  sakit kepala berikutan migrain yang dihidapi sejak kebelakangan ini namun tidak menyangka penyakit it ini menyerang ketika memandu.
“Saya pening dan kereta jenis Perodua MyVi yang dipandu hilang kawalan sebelum merempuh tembok jambatan di Jalan Lendu - Alor Gajah, petang kelmarin,” katanya.
Menurutnya, dia hanya tersedar selepas berlaku dentuman kuat dan berusaha keluar sendiri dari kereta.
“Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan parah,” katanya.
Sementara itu, saksi kejadian, Amir Hamzah Rozali, 32, berkata, dia terdengar bunyi dentuman ketika membelok keluar dari universiti tempatnya bekerja untuk pulang.
“Sebaik terdengar bunyi dentuman saya mendapati sebuah kereta terbabas,” katanya. 
Rakan mangsa, Laili Idayu Abdullah, 29, pula berkata, ketika keluar makan bersama di kedai milik ibunya di Kampung Rantau Panjang, mangsa mengadu tidak sihat dan seperti mahu pitam sebelum terus bertolak pulang.
“Ketika itu, saya juga mahu menghala ke pekan Alor Gajah melalui jalan Ayer Paabas namun menyedari kereta mangsa tidak mengekori di belakang sebelum saya menerima panggilan telefon daripada seseorang menggunakan telefon bimbit mangsa,” katanya.
Sementara itu jurucakap paramedik berkata, disebabkan rempuhan kuat, kaki kiri mangsa retak, selain koyak di betis kiri.

“Mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Melaka,”

Sumber ; Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis