Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, September 23, 2012

Maut langgar forklift

iiiii

JOHOR BAHARU: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah 'forklift' (jentera angkat susun) dalam kemalangan di Jalan Merbau 2, Bandar Putra, dekat Kulaijaya, malam tadi. …..

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku pukul 11.30 malam dan menyebabkan Mohd Ridzuan Abdullah, 21, yang beralamat di Kampung Separa, Kulaijaya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Motosikal yang ditunggang Mohd Ridzuan telah melanggar bahagian hadapan besi sisi kiri forklift terbabit semasa kenderaan itu sedang menurunkan barang dari sebuah lori," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly berkata pemandu jentera dan lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Metro

No comments:

Post a Comment

ShareThis