Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, September 23, 2012

Mati ditetak

images

ALOR GAJAH: Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang mati mengerikan selepas diserang kumpulan lelaki dengan senjata tajam di Kawasan Perindustrian Kelemak, ……

Difahamkan, kira-kira jam 6.50 pagi, mangsa, M Hukentheran, 19, dari Tampin, Negeri Sembilan menunggang motosikal ke tempat kerjanya dihimpit kereta yang dinaiki suspek sehingga terjatuh di bahu jalan sebelum ditetak bertubi-tubi.

Mangsa yang sepatutnya melaporkan diri di kilang itu jam 7 pagi disahkan mati di Hospital Alor Gajah (HAG) kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan hampir putus pergelangan kiri. Majikan mangsa, M Vinesh berkata, dia berjumpa mangsa bersarapan di sebuah kedai makan tidak jauh dari lokasi sebelum kejadian, namun 10 minit selepas itu dia yang mengambil pekerja di Pengkalan, di sini terkejut melihat kelibat polis peronda di lokasi bersama motosikal mangsa. “Saya sangka dia kemalangan jalan raya, namun saya lihat dia berlumuran darah sebelum dimaklumkan polis dia ditetak.

“Kepala dan mukanya berlumuran darah sambil tangan kanannya menekup perut yang hampir terburai, manakala kepalanya dialas dengan tangan kirinya yang terkulai,” katanya ketika ditemui di HAG, di sini, semalam.

Bapa mangsa, G Murugan, 44, berkata anak kedua daripada empat beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika keluar rumah jam 6.30 pagi semalam sebaliknya seperti kebiasaan hanya meminta wang untuk bersarapan.

“Sepanjang berada di rumah, anak saya tidak menunjukkan sebarang reaksi mencurigakan, pagi sebelum kejadian dia ada minta wang RM10 katanya untuk beli sarapan pagi dan ke tempat kerjanya.

“Kira-kira jam 7.20 pagi (semalam), majikannya hubungi saya dan maklumkan Hukentheran parah ditetak dengan senjata tajam sehingga mati oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali

Metro

No comments:

Post a Comment

ShareThis