Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, September 17, 2012

Lima maut kemalangan jalan raya di Sepanggar

KOTA KINABALU - Lima termasuk dua pasangan suami isteri maut dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanggar, berdekatan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu malam tadi.
Kelima-lima mangsa dikenali sebagai Ramsin@Taminsin Pahang, 59, dan isterinya Siti Runi Tarawi, 55; Asan@Hassan Jimi, 55, dan isterinya Saimah Jamin, 51, serta Taripan Bintaman, 53…….
Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Tuaran menuju ke Beaufort menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Invader.
Kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah kereta Naza Ria yang datang dari arah lampu isyarat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sepanggar, terbabas dan memasuki laluan bertentangan akibat dirempuh sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dari arah belakang.
Kereta Naza Ria terbabit kemudian bertembung dengan kenderaan dinaiki mangsa yang datang dari arah bulatan Sepanggar menuju ke pusat bandar.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun yang mengesahkan kejadian itu berkata polis masih mengesan pemandu dan penumpang kenderaan Mitsubishi Triton yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis