Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, September 27, 2012

Lelaki maut kereta terhumban ke dalam cerun

image (3)

KULAIJAYA – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terhumban ke dalam cerun kira-kira empat meter sebelum ditemui orang ramai di Kilometer 2, Kulaijaya-Kota Tinggi,, kira-kira jam 7 pagi, semalam….

Mangsa, Muhammad Fadzil Bakri, 27, yang memandu seorang diri menaiki Proton BLM sedang menghala ke Kota Tinggi apabila tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui sebuah selekoh lantas merempuh dua pokok di bahu jalan.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya yang mengesahkan kejadian berkata, rempuhan kuat berkenaan menyebabkan bahagian hadapan dan sisi kereta remuk sehingga mangsa tersepit hampir dua jam di bahagian pemandu.
“Ketika ditemui, mangsa sudah meninggal dunia dalam keadaan tersepit sehingga pihak polis terpaksa memanggil Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu mengeluarkan mayat sebelum dihantar ke hospital Kulaijaya.
“Pemeriksaan yang dijalankan terhadap kenderaan tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berlaku antara jam lima hingga enam pagi berikutan keadaan enjin kereta yang sudah sejuk,” katanya.
Zulkefly berkata, faktor jalan yang lengang di lokasi kejadian menyebabkan kemalangan itu hanya disedari pengguna jalan raya lain pada jam 7 pagi sebelum dilaporkan kepada pihak polis.
“Siasatan awal mendapati kejadian tersebut hanya membabitkan sebuah kenderaan yang dipandu mangsa dan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas,”

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis