Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, September 14, 2012

Kebakaran: Pemilik kedai rugi RM2 juta

image (5)

KUALA LUMPUR - Pengusaha sebuah kedai barangan logam yang sudah beroperasi sejak lebih 30 tahun, di sebuah rumah kedai, di Jalan Pahang terpaksa berputih mata bila kerugian kira-kira RM2 juta akibat kebakaran yang berlaku …….

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat dan kebakaran dipercayai bermula di bahagian belakang tingkat satu, bangunan tersebut.

Bangunan tiga tingkat itu menempatkan pejabat di tingkat dua dan stor di tingkat tiga.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.33 petang dan jentera pertama tiba tiga minit kemudian.
Menurutnya, ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian, terdapat api besar di bahagian dalam dan pihaknya terpaksa memotong jeriji tingkap dalam usaha memadam kebakaran.
“Ketika kejadian pemilik kedai bersama empat pekerja berada dalam bangunan kedai sebelum menyedari berlaku kebakaran.
“Enam jentera bomba dari empat balai bomba, bergegas ke lokasi kejadian dan api berjaya dikawal kira-kira setengah jam kemudian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Seramai 42 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat, Chow Kit, Setapak dan Sentul terlibat dalam operasi memadam kebakaran.
Kebakaran tersebut juga mengakibatkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Pahang ke arah Jalan Genting Klang. Punca kebakaran masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis