Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, September 20, 2012

Kebakaran kilang petroleum Mexico, 26 maut

image

REYNOSA - Letupan yang disusuli kebakaran di kilang pemprosesan gas asli Pemex, utara Mexico berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS), kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya 26 pekerja terbunuh…..

Televisyen tempatan menyiarkan api yang sedang marak menjulang tinggi semasa letupan berlaku di stesen pemampatan gas berhampiran bandar Reynosa, iaitu lokasi utama aliran gas daripada AS ke Mexico.
Ini adalah insiden yang terburuk setakat ini, ketiga berlaku dalam tempoh lima minggu, melibat syarikat minyak Pemex di bawah kendalian kerajaan di Tamaulipas, sebuah kawasan terdedah kepada ancaman serangan kumpulan-kumpulan dadah.
Bagaimanapun, eksekutif tertinggi Pemex memberitahu pihaknya menganggap kebakaran yang berlaku berunsur kemalangan.
Subkontraktor tempatan, Victor Barrera berkata, semasa paip berkenaan meletup dia berada hanya 30 meter dari lokasi kejadian.
"Seorang rakan datang memaklumkan kepada saya kirakira 40 orang sedang bertugas semasa tangki itu meletup.
Saya hanya mampu lari untuk selamatkan diri dan tidak sempat membantu rakan-rakan," katanya.
Empat yang terbunuh adalah kakitangan Pemex, dan 22 yang lain adalah pekerja kontrak, selain tujuh pekerja lagi dilaporkan masih hilang.
Setakat ini, seramai 28 orang dimasukkan ke hospital dan dua daripada mereka dilaporkan kritikal.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis