Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, September 14, 2012

Dua penuntut UiTM maut, dua cedera kereta langgar pokok

image (7)

MACHANG -  Dua penuntut Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh pokok dalam satu kemalangan di KM27.1 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, di Kampung Merbau Chondong,,,,,..

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhammad Syarafi Kamarul Shukri, 20, berasal dari Gong Badak, Terengganu, maut di tempat kejadian selepas parah di beberapa bahagian badan, manakala Nor
Fazreen Che Yusof, 20, dari Pasir Mas, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Machang akibat parah di kepala.
Dua lagi rakannya, Muhammad Hazwan Wook Baharudin, 20, dari Kuang Tengah, Chemor, Perak dan Noor Zilla Ismail, 20, dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur hanya mengalami cedera ringan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Machang dan telah dibenarkan pulang, semalam.
Keempat-empat penuntut itu dikatakan ke Kota Bharu bagi menukar mata wang asing sebelum bertolak ke Bangkok, Thailand pagi semalam bagi menjayakan lawatan akademik bersama 26 rakan yang lain.
Jun tahun lalu, empat rakan mereka maut dalam kemalangan ngeri apabila kereta yang dinaiki melanggar bahagian bawah sebuah treler berdekatan Kampung Sungai  Mas,

seorang pengguna jalan raya, Nurul Zulaikha Shukri, 23 berkata, kejadian tersebut benar-benar mengejutkannya yang dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu.

“Saya melihat kereta tersebut terbabas, sebelum melanggar sebatang pokok hingga menyebabkan pokok tersebut tumbang. Orang ramai  di kawasan berdekatan segera membantu namun  kereta remuk teruk dan mereka terpaksa menunggu anggota Bomba dan Penyelamat bagi mengeluarkan mangsa,

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis