Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, September 14, 2012

Bengkel jentera berat nyaris hangus

image (8)

KUALA KRAI - Tindakan pantas pemilik sebuah bengkel jentera berat di Dataran Dusun Damar, Jalan Kuala Krai-Gua Musang, berjaya menyelamatkan premis itu daripada musnah terbakar…….

Pada kejadian jam 8.45 malam kelmarin, hanya bumbung dan struktur kayu bengkel itu hangus manakala barangan alat ganti dan peralatan mesin di dalamnya terselamat.
Pemilik bengkel, Lian Hone Fook berkata, sejurus sebelum kebakaran, dia bersama pemandunya baru sampai di premis itu dan berada tidak jauh dari bengkel berkenaan.
“Saya datang untuk bawa anjing buang air besar. Tidak lama selepas sampai, saya nampak api di bengkel dan terus hubungi bomba.
“Nasib baik hanya (struktur) bangunan saja terbakar manakala mesin dan alat ganti tidak terjejas akibat kebakaran,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Ahmad Nordin Ibrahim pula berkata, tindakan pantas pemilik bengkel menghubungi pihaknya dan ketangkasan anggota bomba berjaya membendung akibat lebih buruk.
“Nilai keseluruhan barangan dalam bengkel ini termasuk mesin dan alat ganti dianggarkan RM160,000 tetapi jumlah kerugian akibat kebakaran hanya sekitar RM30,000.
“Kita berjaya kawal api dalam masa 10 minit dan dapat halang kebakaran daripada merebak ke setor sebelah bengkel yang menyimpan pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM250,000,”

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis