Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, September 25, 2012

Ajal 2 sahabat, hasrat rai hari jadi kawan tidak kesampaian

image (15)

SERDANG – Hasrat dua sahabat untuk meraikan sambutan hari lahir seorang rakan tidak kesampaian, apabila mereka maut selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan, pagi kelmarin…

Difahamkan ketika kejadian, dua rakan karib berkenaan, Wan Muhammad Fahmie Wan Zamri, 17 dan rakannya Zulkil Haffizudin Mohamad, 17, dalam perjalanan dari rumahnya di Bukit Besi untuk ke Bandar Dungun, sebelum meneruskan perjalanan untuk bertemu seorang rakan di Mesra Mall, Kerteh.
Bagaimanapun, sampai di tempat kejadian di Kilometer 12, Jalan Dungun-Bukit Besi, penunggang, Wan Muhammad Fahmie yang bersama Zulkil, dikatakan telah membelok ke kanan dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga BLM yang datang dari arah Bukit Besi.
Kejadian itu difahamkan berlaku hanya beberapa meter dari rumah nenek kepada salah seorang mangsa terlibat.
Akibat kemalangan itu, motosikal ditunggang mangsa rosak teruk menyebabkan dua sahabat yang berasal dari Bukit Besi itu cedera parah lalu dikejarkan ke Hospital Dungun.
Zulkil Hafizuddin meninggal dunia sebaik sampai di Hospital Dungun manakala Fahmie meninggal dunia jam 3.58 petang ketika menerima rawatan kecemasan di Unit Kecemasan Hospital Dungun.
Mayat kedua-dua remaja berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan jenazah mereka dituntut ahli keluarga masing-masing untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi.
Arwah teruja, sanggup redah perjalanan jauh
MENCERITAKAN detik sebelum tragedi, rakan mangsa, Tuan Shahrul Hafizan Tuan Azmi, 15, berkata, pagi sebelum kejadian dia sempat menemui arwah Zulkil yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi itu di rumah abangnya.
Shahrul berkata, ketika itu mangsa yang juga bekas atlit sekolahnya memberitahu, dia hendak ke pusat membeli belah Mesra Mall di Kerteh untuk meraikan sambutan hari lahir seorang bekas rakan perempuan sekolahnya.
Katanya, ketika itu arwah begitu beria-ia hendak meraikan hari jadi rakannya sehingga sanggup menunggang motosikal berpuluh kilometer untuk menemui rakan perempuannya itu.
“Walaupun hari ini (kelmarin) bukan hari jadinya, tapi dia kelihatan begitu gembira. Saya tak sangka kegembiraannya itu merupakan kali terakhir di kecapi sebelum dia menemui ajal dalam kemalangan itu

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis