Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, September 10, 2012

35 penumpang nyaris maut

ne_06.1

LUBOK ANTU - Seramai 35 peserta rombongan dari Jabatan Laut Sarawak termasuk dua pemandu nyaris maut selepas bas yang mereka naiki terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang di Kilometer 42 Jalan Sri Aman-Sarikei semalam…..

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, seramai 24 mangsa hanya mengalami cedera ringan manakala 11 lagi penumpang tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan James Jonathan berkata, sebelum kejadian, bas sekolah yang dinaiki oleh rombongan itu dalam perjalanan menghala ke Kuching dari Miri.

Menurutnya, rombongan tersebut adalah peserta yang terbabit dengan perhimpunan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Ke-91, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Muhammad Abang Salahuddin Abang Barieng di Miri pagi kelmarin.

Sumber: Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis