Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, August 2, 2012

Tolong jaga anak saya baik-baik', pesan Siti sebelum maut bersama suami

image

Tolong jaga anak saya baik-baik,” itulah pesanan terakhir Allahyarham Siti Noor Edayu Roslan, 26, kepada penjaga anaknya sebelum dia bersama suaminya, Mohd Hafeeze Mohd Hanafi, 30, maut dalam kemalangan…..

image (1)

di Jalan 15/56 AU3, Keramat, pagi semalam.
Bapa Allahyarham Siti Noor Edayu, tidak menyangka itu adalah kata-kata terakhir anaknya setelah dimaklumkan oleh penjaga cucunya……..

Menurutnya, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan kerana mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.
“Kali terakhir kami sekeluarga berbuka puasa bersama pada Isnin lalu, Allahyarham ada memberi sejumlah wang untuk diadakan majlis kenduri pada hari raya Aidilfitri.Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki, Mohd Hanif Hafeeze berusia dua tahun.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Hafeeze bersama Edayu Roslan yang hamil tujuh bulan, baru menghantar anak sulungnya di rumah pengasuh.
Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan dalam perjalanan menghantar Edayu yang berkhidmat sebagai kerani di sebuah syarikat di Cheras.
Kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang oleh sebuah bas semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

mangsa dirempuh bas yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.
“Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu

pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Hafeeze maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis