Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, August 2, 2012

Suami, isteri hamil maut dirempuh bas sekolah

0000000-vios-terbang-1_thumb[2]

Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat kira-kira 7 pagi…….

mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.
Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.
mereka dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.
kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu.
Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.dua saksi yang ditemui di lokasi kejadian menyifatkan kemalangan tragis itu berpunca dari bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.ketika cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan suami isteri itu.
"Sebelum melanggar motosikal itu bas tersebut cuba mengelak kereta jenis Mercedes, lalu menghentam motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas,

kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.

pemandu bas yang merempuh kenderaan itu hanya mengalami kecederaan di lutut,

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis