Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, August 1, 2012

Rentung di lebuh raya

image (8)

NILAI – Seorang pemandu lori hadapi saat mencemaskan apabila kenderaan dipandunya terbakar di Kilometer 281 Lebuh Raya Utara - Selatan ,
Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, Ranjit Singh, 28, dan kelindannya, S Logiswaran, 25, dalam perjalanan dari Kapar, Selangor ke kawasan perindustrian Senawang untuk menghantar muatan kotak dan kertas……

Ranjit berkata, pada awalnya dia terhidu bau asap dan melihat api sebelum menyedari kotak fius di bahagian enjin depan terbakar.
“Disebabkan khuatir, saya terus memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan bahagian kiri lebuh raya sebelum cuba memadamkan api," katanya.
Menurutnya, dia dan kelindan bertungkus-lumus cuba memadamkan api berkenaan menggunakan bajunya, bagaimanapun api mula marak begitu pantas.
"Kebakaran mungkin disebabkan litar pintas. Kami terpaksa beredar jauh dari lori sebab takut meletup. Ketika itu pun, sudah ada bunyi letupan kecil," katanya.
Menurut Ranjit, dia hanya mampu melihat api terus membakar lorinya ketika menunggu anggota bomba dan penyelamat tiba.
Sementara itu, Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, dua jentera membabitkan 15 anggota termasuk pegawai dari Seremban 2
dan Nilai bergegas ke tempat kejadian kira-kira 8 pagi untuk memadamkan api.
“Ketika bomba tiba, lori itu sudah hampir 100 peratus terbakar. Bagaimanapun kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 9.15 pagi.
“Punca kejadian masih dalam siasatan,

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis