Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, August 13, 2012

Deretan pokok hiasan punca kemalangan

image (3)

Taiping – Deretan pokok hiasan yang ditanam sebagai pagar bagi menutup kawasan loji di Taman Simpang Mulia, , menyumbang kepada berlakunya kemalangan kerana menghalang penglihatan pengguna jalanraya.
Seorang penduduk, Sanisrie Omar, 43, berkata, pokok itu ditanam betul-betul berhampiran persimpangan di taman berkenaan menyebabkan banyak kemalangan berlaku terutama melibatkan motosikal yang kerap dilanggar di simpang empat jalan keluar masuk………..

Menurutnya, kedudukan pokok yang dipercayai untuk menutup keadaan loji terbabit  sebenarnya mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.
“Mana tidaknya pokok yang ditanam itu mempunyai daun yang cukup lebat sehinga menutup pandangan ke arah simpang yang akhirnya menjadi faktor utama kemalangan berlaku," katanya.
Katanya, sebelum ini dia sendiri telah berjumpa dengan pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) bagi merayu supaya tindakan untuk menebang pokok berkenaan dilakukan.
Namun, MPT menafikan itu bukan kawasan di bawah pentadbirannya dan memberitahu pokok yang ditanam itu milik pihak loji terbabit.
"MPT meminta saya mengadukan hal ini kepada pihak terbabit supaya kejadian kemalangan yang berlaku di kawasan itu tidak beulang lagi apabila pokok itu ditebang," katanya.
Sanisrie yang bekerja sebagai jurutera ada membuat pertemuan dengan pihak loji berkenaan dan pihak berkenaan menafikan pokok terbabit milik mereka.
"Kemudian, saya disuruh pula berjumpa MPT untuk tindakan menebang pokok itu diambil.
“Setelah mendengar keputusan daripada kedua-dua pihak, saya mengambil keputusan menebang pokok itu secara sendirian dan setakat yang saya mampu.
"Saya berharap pihak yang berkenaan dapat menunaikan tanggungjawab mereka terhadap keselamatan pengguna jalan raya di situ,"  katanya.
Tambahnya, sehinga kini terdapat lima kemalangan yang melibatkan motosikal dan kereta berlaku di situ.
"Bukan sahaja garisan pembahagi jalan malah isyarat tanda berhenti perlu juga diletakkan di bahu jalan di sini bagi mengelakkan lebih banyak pengguna menjadi mangsa.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis