Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, August 31, 2012

Bas rempuh kedai makan, 10 pelajar nyaris maut - di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan

image (1)

DUNGUN – Seramai 10 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang sedang menikmati sarapan pagi ketika waktu rehat di sebuah kedai makan berdepan detik mencemaskan bila secara tiba-tiba dirempuh sebuah bas yang terbabas di persimpangan lampu isyarat, Kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu dipercayai berpunca bila bas ekspres dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Dungun  menghadapi masalah brek

image (2)
Sebaik tiba di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di……

persimpangan lampu isyarat, hadapan PSMZA itu,hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebuah kereta Honda Civic lalu merempuh sebuah Perodua Kembara yang berada di sebelah kiri.
Bas dinaiki 10 penumpang itu kemudiannya merempuh tiang konkrit sebuah kedai makan menyebabkan 10 pelajar PSMZA yang sedang bersarapan pagi di kaki lima hadapan kedai tersebut lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Bagaimanapun empat dari pelajar tersebut,  cedera di beberapa bahagian badan  terkena serpihan kaca dan besi dalam usaha untuk menyelamatkan diri ketika dirempuh bas terbabit.
Pemandu kereta Honda Civic,  dan rakannya  berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sebelah kiri dan kedua-duanya  cedera ringan.
10 penumpang bas tersebut  tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu bas cedera ringan.
mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Kereta Honda civic dan Perodua Kembara itu juga turut mengalami kerosakan selepas dihempap bumbung anjung kedai makan yang dirempuh bas ekspres berwarna kuning itu.

"Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis