Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, August 2, 2012

15 minit mangsa rayu bantuan

image (2)

Seorang lelaki merayu hampir 15 minit meminta tolong membawa anak dan isteri yang parah ke klinik kesihatan selepas terbabit kemalangan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam…..

 

image (3)

kereta dipandu Mohd Maslani Mahat, 40, berpusing tiga kali kerana mahu mengelak lembu yang terbaring di tengah jalan di Kilometer 5, Jalan Gemencheh-Bukit Rokan, Kemalangan itu menyebabkan anak bongsunya, Asrul Hakimi, 5, yang duduk di tempat duduk belakang tercampak ke hadapan kereta.
disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Gemencheh akibat mengalami kecederaan parah di kepala.
Mohd Maslani terkilan kerana tiada sesiapa yang sudi membantu membawa anak dan isterinya ke klinik berhampiran.
"Ketika itu, orang ramai sudah mula berhentikan kenderaan mahu melihat kemalangan dan hampir 15 minit saya merayu minta tolong, tapi tiada siapa mahu membantu.
"Mujur ada seorang pakcik yang simpati dengan kami. Pada mulanya dia menaiki motosikal tapi sanggup pulang ke rumah mengambil kereta untuk menghantar anak dan isteri saya yang parah mendapatkan rawatan," Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama isteri, Nazira Abu Bakar, 37, dan empat anaknya dalam perjalanan dari Felda Jelai menuju ke pekan Gemencheh.
"Anak bongsu beria-ia mahu makan sate. Kami sudah pun berbuka puasa di rumah, tetapi tetap mahu menunaikan keinginan arwah untuk makan sate.
“Namun ketika tiba di lokasi kejadian, saya tidak sempat mengelak lembu yang rebah di tengah jalan selepas dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Kancildia merempuh lembu berkenaan menyebabkan keretanya berpusing

Sumber : .Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis