Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, July 9, 2012

Warga emas maut ditetak jiran

image (11)

IPOH - Dendam lama dipercayai menjadi motif seorang warga emas bertindak menetak jirannya yang juga seorang warga emas sehingga maut dalam satu kejadian di Taman Changkat, Kampar,

.Anak bongsu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 40, berkata, kejadian berlaku pada jam 9.30 malam dan ketika itu dia bersama mangsa, Wong Cheong Heng, 73 serta kakaknya sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Menurutnya, mereka bertiga bercadang untuk keluar makan lewat malam sebelum mendengar dua anjing peliharaan mereka menyalak tanpa henti di perkarangan rumah.
“Bapa saya keluar untuk melihat apa yang berlaku walaupun kami menegahnya ketika itu.
“Selepas itu, kami yang masih di dalam rumah melihat bapa bergaduh dan cuba menghalau seorang lelaki, dipercayai jiran yang tinggal berhampiran," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB, semalam.
Wong berkata, selepas beberapa ketika, suara bapanya tidak lagi kedengaran dan mangsa didapati telah rebah setelah dipercayai ditetak menggunakan sebilah parang panjang berukuran 0.6 meter.

Katanya, dia bersama kakaknya bergegas keluar rumah dan cuba menghalang suspek dari terus menyerang mangsa termasuk dengan membaling kerusi serta menggunakan kayu, menyebabkan suspek lari menyelamatkan diri.
"Bapa cuba meminta bantuan jiran berhampiran, namun ketika itu lelaki berkenaan datang semula dan cuba menyerang jiran itu. Percubaannya gagal kerana jiran berkenaan sempat masuk kembali ke dalam rumah.
"Lelaki itu kemudiannya meninggalkan lokasi kejadian dan polis tiba kira-kira setengah jam kemudian," katanya yang masih bersedih dengan nasib yang menimpa mangsa.
Sinar Harian dimaklumkan, suspek pernah menyuarakan hasrat untuk 'membunuh’ seluruh penduduk kampung kerana tidak tahan melihat kegembiraan keluarga yang hidup aman di kampung itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, suspek dipercayai jiran mangsa berusia 63 tahun sudah ditahan pada hari yang sama dan dibawa ke Balai Polis Kampar untuk membantu siasatan.
Menurutnya, suspek yang tinggal bersendirian, ditahan di rumahnya beberapa jam selepas kejadian dan kejadian dipercayai berpunca dari dendam lama antara suspek dan mangsa.
"Polis merampas sebilah parang yang di gunakan untuk menyerang mangsa dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kita masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian," katanya.
Mangsa mengalami pendarahan serius dalam badan selain kecederaan parah di bahagian pinggang dan kepala.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis