Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, July 3, 2012

Treler terjunam gara-gara elak lubang

image (1)

JOHOR BAHRU – Gara-gara cuba mengelak lubang, seorang pemandu cedera ringan dan kelindannya patah kaki kanan bila treler dinaiki hilang kawalan, lalu terjunam dari jejambat setinggi 10 meter di Jalan Ros Merah Utama, Taman Johor Jaya

Dalam kejadian kira-kira 8.07 pagi itu, pemandu, V Ramu, 22, manakala adiknya, V Iswaran, 18, dalam perjalanan menghantar barang dari Melaka ke Pasir Gudang bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius akibat kemalangan itu.

Dia cuba untuk mengelak jalan berlubang dan disebabkan itu,  gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas lalu melanggar pengadang jejambat berkenaan sebelum terjunam setinggi kira-kira 10 meter.

“Ketika itu,mereka  cemas dan terbayang bakal berdepan dengan maut, namunbersyukur kerana masih terselamat walaupun adik patah kaki, selepas berjaya keluar dari treler berkenaan dia terus menghubungi keluarga di Melaka.

akibat kemalangan berkenaan beliau mengalami kerugian kira-kira RM30,000 bila treler yang dipandunya rosak teruk, selain perlu menanggung kos memperbaiki kerana perlindungan insurans hanya membabitkan pihak ketiga.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis