Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, July 4, 2012

Tragedi OKU: 9 parah, 1 maut

image (5)

Saya tidak mahu kehilangan anggota badan kerana ia menyedihkan," rayu Joanna Chua, 34, seorang daripada sembilan orang kurang upaya (OKU) yang cedera parah manakala seorang maut dalam kemalangan di kawasan lampu isyarat Changkat Larang Jalan Simpang Pulai, Pasir Putih, kelmarin.

Joanna turut mengalami beberapa kecederaan lain, antaranya, patah tulang bahu, luka pada seluruh badan, selain pendarahan pada rongga mulut.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 4.30 petang kelmarin, melibatkan sebuah van jenis Toyota dengan sebuah lori 10 tan tanpa muatan, serta menyebabkan seorang OKU, Tan Soo Li, 45, maut ketika menerima rawatan di wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Kejadian turut menyebabkan kebanyakan OKU patah tulang kaki dan tangan kerana tersepit dalam van dinaiki selepas hilang kawalan dan merempuh lori terbabit.

Pemandu van, M Chandra Segaran, 34, memaklumkan, kejadian berlaku ketika dia baru mengambil semua penumpang berkenaan dari pusat jagaan OKU, Day Break Center, berhampiran Pinji Mewah, untuk dihantar pulang ke rumah masing-masing.

Dia yang turut patah kaki kiri mendakwa, satu daripada tayar van terbabit pancit menyebabkan dia hilang kawalan pemanduan secara tibatiba, sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

"Dalam sekelip mata, berlaku dentuman kuat dan saya hanya dapat mendengar jeritan serta raungan penumpang van yang kesakitan akibat tersepit.

Sumber : Sinar harian

No comments:

Post a Comment

ShareThis