Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, July 30, 2012

Tiga sekeluarga maut nahas

image_thumb[1]

Perjalanan pulang tiga sekeluarga dari kuil di Ladang Sabai ke rumah keluarga mereka di Sri Telemong, bertukar tragedi bila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 7.5 Jalan Karak-Kuala Pilah membabitkan motosikal Honda EX5 dinaiki tiga sekeluarga itu dan sebuah kereta Honda Civic….

image (1)

Mangsa dikenali sebagai P Kiru, 21, isterinya, B Anita, 27 dan anak mereka, K Thirumugilan, 3.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang dari kuil, motosikal ditunggangi Kiru terbabas ke kanan jalan ketika melalui satu selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan.
“Kemudian motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah Karak ke Telemong.
“Pertembungan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak ke kanan jalan

Kiru dan Anita mati di tempat kejadian, manakala anak mereka pula sempat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk menerima rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala.
kanak-kanak berusia 3 tahun itu kemudiannya meninggal dunia pagi semalam ketika menerima rawatan.
“Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa tidak memakai topi keledar. Ujian darah turut diambil membabitkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis