Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, July 16, 2012

Rekod bersih sarjan tercalar kerana rasuah

KUALA TERENGGANU - Rekod bersih seorang anggota polis berpangkat sarjan yang tidak pernah dikenakan tindakan tata tertib sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lalu tercalar bila dia didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM500 ….

Semalam, Esah Ismail, 52, yang juga pernah dianugerahkan Pingat Kebaktian oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra pada 2006 dijatuhi hukuman denda RM5,000 selepas mengaku bersalah menerima suapan RM500 dari Zamri Sharifuddin pukul 6.20 petang 11 September tahun lalu.

Perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di kedai Denova Beauty (Avon) lot 232 Jalan Haji Jusoh, Jerteh, Besut dengan tujuan untuk mengubah keputusan ujian air kencing Zamri yang didapati positif dadah pada 17 April 2011.

Tertuduh sebelum itu memberitahu Zamri yang dia dapat mengubah keputusan air kencing tersebut dan meminta RM1,000 untuk melakukan perkara tersebut.

Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis