Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, July 20, 2012

Pemuda terselamat van terbakar

image (1)

Seorang pemandu terselamat bila cepat bertindak keluar dari kenderaan sebaik menyedari api sedang marak membakar tempat duduk penumpang belakang vannya dalam kejadian van terbakar, …

di Taman Damar, jam 3 petang semasa, Zukifli Mokhtar, 33, berasal dari Kampung Mentara Lama, Gua Musang yang memandu kenderaan itu seorang diri untuk keluar bersiar-siar di bandar Gua Musang.
Menurutnya, semasa dalam perjalanan itu belakang badannya terasa panas sebelum menjenguk ke belakang ternampak api yang membakar tempat duduk penumpang sebelum memberhentikan kenderaan dan terus keluar.
“Saya turun dalam keadaan panik, tetapi sempat meminta tolong orang ramai supaya cepat memadam api yang marak membakar van itu, tetapi gagal sebelum sepasukan anggota bomba dan penyelamat tiba.
penduduk di taman berkenaan keluar bagi membantu memadamkan kebakaran dengan sekadar menyembur air menggunakan baldi dan keadaan api semakin marak.
Beliau sebelum kejadian sempat menghantar bapanya,  ke rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, di Taman Kesedar Jaya untuk hadir majlis perjumpaan bantuan membaik pulih rumah penduduk miskin.
, di samping menunggu bapanya, dia mengambil keputusan untuk keluar ke bandar ini dengan memandu van seorang diri sebelum datang semula ke tempat itu untuk mengambil bapanya bila selesai majlis berkenaan.
“Belum lagi sampai ke jalan utama menuju ke bandar ini, keadaan van yang saya pandu keluar asap hingga memenuhi ruang dalam van sebelum api teruk merebak membakar keseluruhan kenderaannya.
Sumber ;
Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis