Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, July 29, 2012

Pemandu panik lori kontena terbakar di Kilometer 409.4 Lebuhraya Utara Selatan

image (4)

Seorang pemandu lori kontena kelihatan panik bila muatannya terbakar di Kilometer 409.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur dekat susur keluar Plaza Tol Lembah Beringin jam 9.25 malam kelmarin.
lori kontena terbabit sempat menyelamatkan diri dengan memisahkan muatan dari kepala lori…….

“Kejadian itu biasanya disebabkan kegagalan brek belakang berfungsi menyebabkan ia terbakar ketika ditemui di tempat kejadian.,beberapa minit sebuah jentera bomba dari Balai Bomba Tanjung Malim tiba memadam kebakaran.

walaupun api berjaya dikawal namun disebabkan kebakaran pada muatan kontena menyebabkan api sekali lagi  membakar kontena terbabit.
Sejurus selepas itu, dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu tiba membantu memadam kebakaran.
“Api berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian dan pemandu lori yang berada kira-kira 100 meter dari kontena terbabit datang memaklumkan punca kejadian kepada anggota bomba dan polis yang berkawal.
“Kebakaran itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pemandunya atau pengguna jalan raya lain

Tinjauan mendapati, bahu jalan ditutup sepenuhnya dan asap kelihatan menyelubungi udara sehingga sedikit menghalang pemandangan pemandu ke arah Selatan.
Kesesakan turut berlaku di kedua-dua hala memandangkan pengguna memperlahankan kenderaan bagi melihat kejadian itu.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

ShareThis