Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, July 9, 2012

Pelajar UTP maut selepas sambut hari jadi ibu

image (8)

"Arwah sempat ucap selamat hari jadi kepada ibunya sebelum pergi buat selamanya." Demikian menurut Sarjan Abdullah Ahmad, bapa kepada Allahyarham Affiffi Emara Abdullah, 21, yang maut setelah terbabit kemalangan di Kilometer 414.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Hulu Bernam, awal pagi tadi.

Abdullah, yang bertugas di ibu pejabat polis di Bukit Aman berkata, anak sulungnya itu baru saja pulang daripada meraikan sambutan ulang tahun hari kelahiran ibunya di Sungai Besi, Kuala Lumpur sebelum kemalangan kira-kira jam 2 pagi yang meragut nyawanya.
Menurutnya, Affiffi, penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Petronas (UTP), dalam perjalanan ke kampus bersama tiga rakannya dan pulang lebih awal kerana mahu menyempurnakan tugasan.

Keluarga Affiffi tinggal di Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

"Ketika dalam perjalanan, kira-kira jam 12.08 tengah malam, arwah menghubungi ibunya dan menyanyikan lagu selamat hari jadi.

"Kami memang tak merasakan apa-apa yang ganjil padanya kerana keceriaan seperti itu sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga dan dia dengan kami macam kawan, tetapi ALLAH lebih menyayanginya dan selang beberapa jam kami terima panggilan mengatakan dia terlibat kemalangan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu di sini.
Abdullah berkata, Affiffi juga sempat bermanja dengan ibunya pada malam kejadian di mana dia meminta ibunya memotong kukunya.
Menurutnya, walaupun ditegah arwah tetap mahu memotong kuku dan detik mesra itu menjadi kenangan akhir buat keluarga.
Sementara itu, rakan Allahyarham, Muhammad Azim Sufian, 21, yang turut cedera dalam kemalangan berkata, mereka meneruskan perjalanan walaupun hujan.
Katanya, setibanya di tempat kejadian kereta dinaiki terkena lopak air dan gagal dikawal lalu berputar-putar sebelum terbabas dan merempuh pengadang besi lebuh raya.
"Kenderaan memang tak dapat dikawal dan lopak air itu seakan tiada penghujung menyebabkan ia sukar dikawal.
"Kenderaan kami berputar beberapa kali sebelum terbabas secara bertentangan," katanya yang duduk di sebelah pemandu.
Menurutnya, arwah yang duduk di tempat duduk penumpang sebelah kiri cedera parah akibat terkena besi pengadang yang menembusi kenderaan dinaiki.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kemalangan maut itu, yang berlaku di laluan menghala ke Ipoh semalam, dipercayai akibat kecederaan abdomen dalaman kesan hentaman pada pengadang lebuh raya menembusi belakang kereta dinaiki mangsa.

Norel Azmi berkata, mangsa mati di tempat kejadian manakala dua rakannya parah sementara seorang lagi hanya cedera ringan.
Menurutnya, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Johor Bharu ke UTP di Seri Iskandar, Perak.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis