Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, July 11, 2012

Nekad langgar kereta penyamun

image (16)

IPOH - Usaha sekumpulan empat lelaki menyamun seorang peniaga terbantut apabila kereta dinaiki mereka rosak di bahagian enjin selepas dirempuh kereta yang dipandu mangsa di Pekan Chemor, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Choo, 53, dalam perjalanan menuju ke sebuah bank untuk memasukkan wang hasil perniagaan.

Menurutnya, sebuah kereta Proton Wira secara tiba-tiba menghalang laluannya menyebabkan dia bertindak melalui satu selekoh di Taman Sinaran sebelum kereta lain pula melanggar pintu sebelah tempat duduk pemandu.
“Ketika saya keluar untuk memeriksa bahagian pintu kereta yang sudah remuk, empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang meluru ke saya serta memecahkan cermin hadapan kereta.
“Saya segera masuk semula ke dalam kereta melarikan diri namun dikejar oleh kereta kumpulan lelaki terbabit,” katanya.
Choo kemudiannya bertindak merempuh bahagian depan kereta kumpulan lelaki terbabit dan menuju ke arah Balai Polis Chemor untuk mendapatkan bantuan.
Kenderaan yang dinaiki suspek yang disyaki kereta curi menggunakan nombor pendaftaran palsu itu ditemui tersadai di tepi jalan di pekan Chemor dalam keadaan remuk.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis