Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, July 9, 2012

Mayat lelaki ditemui terapung dalam parit

image (5)

KULAIJAYA – Mayat seorang lelaki ditemui dalam parit berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Saleng, di sini, semalam. Mayat yang berada dalam keadaan terapung itu ditemui oleh orang ramai kira-kira jam 9.05 pagi.

Ketua Polis Daerah Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai S Krishnan, 41, berasal dari Saleng didapati sering merayau di kawasan tersebut.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah. Mayat dihantar ke hospital Kulai untuk bedah siasat. “Kes ini disiasat sebagai mati mengejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, salah seorang penduduk, M Chandran, 37, berkata, sejak lebih 10 tahun tinggal di kawasan tersebut tidak pernah berlaku kejadian seumpama itu.

“Saya datang ke sini untuk lihat sendiri setelah diberitahu orang ramai. Saya difahamkan, mangsa duduk di tembok berdekatan parit itu sebelum jatuh ke dalamnya. Saya tidak kenal dia, mungkin pernah perasan di kawasan sekitar

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis