Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, July 9, 2012

Maut tertiarap bawah flat

images (18)

PANDAMARAN -  Seorang lelaki yang disangka keluarganya berada di Ipoh, Perak untuk bekerja sebagai pemasang cerucuk rumah ditemui mati dalam keadaan tertiarap di aras bawah Blok A, Flat Permai, Pandamaran Jaya, Adik mangsa, yang mahu dikenali Chia berkata, dia dan keluarganya terkejut dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai berita buruk itu.

Dia berkata, abangnya itu, memaklumkan ingin ke Ipoh untuk bekerja, Khamis lalu.
“Kami sangka dia masih berada di sana dan kami tidak tahu bila dia balik ke Pandamaran.
“Dia tiada masalah dengan keluarga atau masalah hutang. Masalah dengan teman wanita juga tiada kerana setahu saya dia tiada teman wanita,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Chia berkata, abangnya seorang yang pendiam dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah kepada keluarga.
Sementara itu, rakan wanita mangsa,  berkata, mangsa yang bekerja di Ipoh, Perak tiba di Pandamaran kelmarin dan bermalam di kediamannya, tidak jauh dari flat dia dijumpai mati.
“Sekitar jam 11 pagi tadi (semalam), sebelum dia (mangsa) keluar dari rumah, abang saya ajak dia sarapan tetapi dia enggan.
“Apabila saya tanya dia hendak ke mana, dia tidak jawab lalu menghidupkan enjin motosikal dan berlalu pergi," katanya.
Bagaimanapun katanya, pada jam 1 petang, beliau dikutkan dengan berita mangsa dijumpai mati di flat tersebut .
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada penduduk flat terbabit pada kira-kira jam 12.45 tengah hari.
“Anggota yang bergegas ke sana mendapati mangsa meninggal dunia dalam keadaan tertiarap.
“Sebelum kejadian itu, tiada sesiapa yang nampak mangsa berada di tingkat itu,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat keluarganya, mangsa yang masih bujang itu seorang pendiam dan tiada berlaku perselisihan faham dengan keluarga serta rakan.
Katanya, malah mangsa yang didakwa tiada musuh sebelum ini tinggal di Jalan Papan, Pandamaran bersama keluarganya

Sumber : Sinar.

No comments:

Post a Comment

ShareThis