Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, July 9, 2012

Mati ditikam bertubi-tubi

je_02.1

TAIPING - Peniaga perabot, Ong Chee Leong, 58, mati selepas ditikam bertubi-tubi dengan benda tajam oleh seorang lelaki yang masuk ke premisnya di Jalan Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, kedai perabot itu dipercayai baru beroperasi tujuh bulan lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi semalam, mangsa didatangi seorang lelaki bertopeng dan sebaik suspek masuk ke dalam premis itu berlaku satu pertengkaran.
"Kedua-dua mereka bergelut sebelum suspek menikam bertubi-tubi mangsa dengan benda tajam di dada dan perutnya."Mangsa yang berlumuran darah tertiarap di lantai dan suspek sempat merampas dompet mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta yang dipandu rakannya," katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Taiping.Isteri mangsa yang dikenali sebagai Ong, 40an, pengsan setelah diberitahu tentang kejadian menimpa suaminya dan turut dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.
“Isteri mangsa masih berada dalam keadaan trauma kerana terkejut dengan kejadian itu.
"Difahamkan, sewaktu kejadian itu isteri mangsa sedang melayan pelanggan di belakang premis mereka
,

Sumber : mStar

No comments:

Post a Comment

ShareThis