Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, July 17, 2012

Lori bersepai

pix_middle

ALOR GAJAH: Seorang pemandu lori membawa muatan plastik kitar semula cedera parah selepas lori dipandu dirempuh treler dari arah belakang di Kilometer 219.4, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara pagi semalam….

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa berusia 30-an yang belum dikenal pasti identitinya dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan selepas dirempuh treler dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, lori dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan lalu merempuh penghadang besi.

Seorang pengguna jalan raya yang terawal tiba di tempat kejadian dikenali sebagai Irwan Ghazali, 36, berkata, dia yang memandu di laluan kiri terkejut melihat treler di hadapannya bergegar.

Katanya, dia yang memandu dalam jarak 10 meter di belakang treler itu sempat memerhatikan keadaan kenderaan itu bergegar kuat sebelum masuk lorong tengah.

“Ketika memotong treler berkenaan, saya sempat memandang ke kiri dan melihat sebuah lori muatan plastik di hadapan treler itu tidak stabil sebelum terbalik ke kiri dan terseret.

“Pada masa sama saya lihat badan lori itu bersepai dan muatan plastik dibawa bertaburan di atas jalan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Irwan, dia terus memberhentikan keretanya kira-kira 250 meter di hadapan dan berlari ke lokasi kemalangan serta melihat pemandu lori itu tersepit.

“Selepas melihat pemandu lori tersepit dan masih hidup, saya terus hubungi talian kecemasan sebelum anggota peronda Plus tiba beberapa minit kemudian,

Sumber : metro

No comments:

Post a Comment

ShareThis