Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, July 3, 2012

Kemalangan diPekan Baru Parit Buntar - Enam kenderaan bertembung

-image

 Lebih 50 pengguna jalan raya di kawasan Pekan Baru Parit Buntar terpaksa berhadapan masalah lalu lintas selama lebih sejam setelah enam kenderaan bertembung di simpang tiga Jalan Perusahaan, di sini, lewat petang kelmarin.
Enam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah empat motosikal, sebuah kereta dan sebuah van.

Saksi kejadian, Mohd Ramdhan Abu Bakar,32, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang setelah sebuah kereta jenis Proton Iswara didapati memandu secara melulu di kawasan simpang tiga walaupun lampu isyarat menunjukkan tanda berhenti.
Menurutnya, pemandu kereta itu didapati memandu melawan arus lalu melanggar dan menyeret tiga motosikal hingga ke bahu jalan dari arah bertentangan sehingga menyebabkan tiga penunggangnya mengalami kecederaan parah.
“Sebuah motosikal pula cuba mengelak daripada dilanggar kereta berkenaan, bagaimanapun bertembung pula dengan sebuah van Telekom Malaysia (TM) yang berada jarak lima meter di sebelahnya.

Sumber : Sinar harian

No comments:

Post a Comment

ShareThis