Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, July 24, 2012

Kemalangan di Kilometer 5 Jalan Lama Bentong-Gombak

image

Kuantan – Tiga remaja maut dalam tragedi awal Ramadan membabitkan motosikal dan dua kenderaan lain di Bentong serta Sungai Ular, kejadian di Kilometer 5 Jalan Lama Bentong-Gombak berhampiran Taman Kolej itu meragut nyawa Mohd Iwan Redzuan, 17, dan Mohamad Iqbal Miqail Ahmad Fahairol, 14…..


image (2).
ketika kejadian jam 3.30 pagi itu, motosikal jenis Honda Wave dinaiki dua remaja terbabit dipercayai terbabas di satu selekoh.mengakibatkan penunggangnya gagal mengawal kenderaan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori yang dalam perjalanan dari arah Gombak ke Bentong

akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa dipercayai tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing.
image (1)
Sementara itu, dalam kejadian di Kilometer 33, Jalan Kuantan-Kemaman, seorang pelajar perempuan, Wan Nur Amanina Wan Ramzi, 14, maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Kia Sorento, kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 1 petang itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan  Baging terbabit  tercampak dan terjatuh di atas permukaan jalan selepas bertembung dengan kenderaan dipercayai memasuki jalan bertentangan.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis