Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, July 30, 2012

Hasrat berkahwin berkecai, tunang mati dalam kemalangan

image (1)_thumb

KOTA BHARU -

Hasrat seorang gadis untuk melangsungkan perkahwinan bulan depan, tidak kesampaian bila tunangnya maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Maktab Perguruan, Pengkalan Chepa ……

Siti Mukaramah Lajim, 19, dari Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, dijadual melangsungkan perkahwinan dengan bakal pasangannya itu, Abdullah Zawawi bin Abdullah Fauzi, 25, pada hari raya kedua.
Kemalangan berlaku ketika mangsa, seorang kerani, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Pusat Boling Pasar Raya Billion di sini pada pukul 9.30 pagi.
Kereta Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya bagi urusan pengebumian.
Siti Mukaramah, yang membantu ibu bapanya menjual ikan di Pasar Gok Kapor, dekat sini berkata kali terakhir dia menemui tunangnya semalam di rumahnya bagi menyerahkan borang perkahwinan sebelum diproses.
Katanya semua persediaan untuk majlis perkahwinan itu telah siap diatur, malahan kad jemputan juga telah diedar.
"Apa boleh buat...Saya reda dengan pemergiannya kerana takdir telah menentukan segalanya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis